Buku saya paling tebal rasanya😊
Nak throwback sikitla perjalanan journey masa pregnant sebelum ni. Takla ada masalah yang besar pun, cuma masalah kesihatan ibu pregnant yang banyak. Boleh saya kongsikan buat para ibu yang biasanya baru first time mengandung macam saya dulu.
0 Experiance kan!
So saya share sekadar perkongsian dan pengajaran untuk bakal ibu. Sebab kesihatan ibu dan anak yang paling penting masa kita pregnant.
AWAL-AWAL DAPAT TAHU MENGANDUNG.
Alhamdulillah memang suka giler. Sebab 10 bulan juga tunggu rezeki ni. Kalau boleh nak Allah bagi rezeki lagi cepat. Tapi takda rezeki. Ni pun dah sebulan baru tahu. Sebab takda rasa apa pun, cuma perut tu rasa senak. Rasa tak best je. Lepas tu ajak husband.
"Jomla pergi check perut ni. Nape tah rasa tak sedap je".
Lepastu pergila klinik Pakar Wanita dekat dengan area umah. Awal-awal doktor tu susah nak paatikan. Macam ada ni, tapi tak clear. Tak puas hati sebab doktor tu takut salah dia confirmkan by scan. Pun susah. Last-last dia test UPT and confirmed mengandung.
Suka sangatla kan. Dah ada rezeki nak dapat baby.
START LA CABARAN MASA PREGNANT.
Morning sickness saya bab makan jela. Muntah tu ada tapi jarang. Loya dan nampak makanan terus takda selera nak makan.
Masa awal pergi buat buku dekat KK, bila check darah saya dah ada anemia. Bayangkan awal-awal check, rasanya baru 2 bulan mengandung tu. Bacaan darah saya 10.8. Lepas tu nurse bagi appoinment lagi 2 minggu dan bekalkan vitamin.
Ya Allah, ubat untuk darah tu saya tak boleh nak telan. Makan je saya muntah sebab tak kena dengan tekak saya. Haha. Siksa makan ubat tu.
Tapi kena juga makan! Ishh..
Kena lagi buat appoinment kali ke 2. Check HB alhamdulillah naik sikit. Bacaan normal itu pun atas pagar. 11 je. Jadi appoinment back to normalla. Sebulan sekali.
Dalam sebulan tu, dah start kena morning sickness yang tak boleg sangat nak.makan. Saya tak tahu nak makan apa. Semua yang nurse advise untuk tambah darah contohnya bayam, daging saya tak boleh nak telan. Nampak je loya tekak.
So next check up saya menyebabkan hb saya turun balik. Dan langsung dah tak naik-naik ke tahap normal. Stress juga sebab kena berulang ke klinik 2 minggu sekali. Dahla kerja kan. Perjalanan nak pergi kerja pun lama. Biasanya saya ambil cuti je.
SEBAB APA ANEMIA NI BAHAYA?
Sebab apa saya kene buat check up untuk hb 2 minggu sekali. Kalau ikutkan kita, mesti kita rasa lecehkan. Nak menunggu lagi. Orang dekat KK tu bukan sikit. Hari-hari penuh.
Ibu-ibu jangan ambil mudah. Jangan skip pergi followup kalau ada temujanji.
ANEMIA bahaya bagi ibu hamil.
Biasanya tanda anemia ni ialah letih, selalu tak sihat dan emosi terganggu. Jadi biasa kalau kita dengar orang akan kata, ala mengandung memang macam tu. Hormon berubah tu.
Anemia ni bukan sebab hormon ye. Ia.disebabkan oleh kekurangan sel darah merah akibat bekalan zat besi yang tak mencukupi.
Berlaku bila sel darah merah berada bi bawah paras normal. Kurang daripada 11, nurse KK akan start pantau.
APA PENTINGNYA SEL DARAH MERAH NI?
Sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Jadi bila dah kena anemia? Makanya sel darah merah tak cukup. Jadi oksigen yang sampai tak cukup ke seluruh badan. Tu yang menyebabkan ibu-ibu anemia dia cepat penat.
APA LAGI YANG MEMPENGARUHI SEL DARAH MERAH NI.
🌹Zat besi atau vit B12 dan folat tidak dibekalkan dengan secukupnya. Jadi penghasilan darah merah tidak cukup.
🌹Apabila usia kandungan makin meningkat, isipadu darah juga bertambah dan menyebabkan pencairan darah berlaku.
Itu jadi dekat saya. Semakin membesar semakin hb saya low. Maknanya susah nak dapat ke paras normal.
MASALAH-MASALAH ANEMIA BAGI IBU HAMIL.
1. KELAHIRAN PRAMATANG.
Ini selalu yang diingatkan oleh nurse dekat saya masa tu. Bila usia kandungan 7 bulan, nurse dah suruh standy barang kelengakapan yang perlu di bawa masa kelahiran. Simpan siap-siap dalam bonet kereta. Sebab untuk ibu yang anemia, mudah baby lahir secara pramatang.
Alhmdulillah tak berlaku dekat saya. Cukup bulan untuk dilahirkan.
2. KEMATIAN BAYI DALAM KANDUNGAN.
Saya diingatkan juga tentang kematian bayi dalam kandungan. Bila start baby dah rasa pergerakan lagi nurse dah ingatkan. Kena sentiasa pantau pergerakan baby. Jangan ambil mudah kalau ada tanda-tanda baby tak aktif. Kena segera ke kilnik atau hospital.
Kena ingat tu tau mommies semua!
3. KEMURUNGAN SELEPAS KELAHIRAN
Alhamdulillah tak terjadi juga kepada saya.
Saya alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan takda kena warded. Walaupun ada anemia. Still under control.
4.PERTUKARAN DARAH SEMASA TEMPOH PROSES BERSALIN.
Ini pun ada nurse jelaskan. Masa kelahiran boleh berlaku keadaan macam ni. Untuk tahap yang anemia sangat terukla ni.
Macam-macam lagila kesan anemia ni. Pendarahan pun boleh berlaku.
So para ibu jangan ambil mudah.
Nasihat saya, jangan skip temujanji di KK.
Jangan lupa ubat yang doktor beri.
Makan makanan yang berkhasiat.
Makan suplemen yang bagus untuk mengurangkan gap nutrisi dalam badan.
Sebab saya dulu tak tekankan tentang nutrisi dan suplemen. Penting buat ibu hamil dan menyusu juga.
Next post saya kongsikan macam mana saya ada hb dan diabetis dalam masa yang sama.
Lagi haru😊
Puan Maisarah Ismail
Shaklee Independent Distributor
60126442849



No comments:
Post a Comment