Sunday, 21 October 2018

KISAH INPIRASI: INCOME SPA TWB PENYELAMAT KETIKA KEWANGAN KRITIKAL







Hidup ni satu ujian. Allah juga ada sebut dalam surah Al-Baqarah ayat: ayat 155-157


"Dan sungguh Kami akan memberikan ujian kepadamu, dengan adanya sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanla berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada Dia kami kembali). Mereka itula yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhanya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Saya nak datangkan perkonsian daripada ahli TWB bagaimana mereka bangkit dengan setiap masalah yang diuji.

Mereka tidak berputus asa. Ya perasaan kecewa pasti ada pada awalnya. Tapi apabila Allah ada dengan kita, semua yang berlaku pasti ada jalan yang terbaik untuk hamba-hambanya yang sabar.
Jom saya kongsikan

Kenapa perlu ada skill? Tak kesahla skill apa pun. Sebab skill ni la yang boleh bantu kita masa memerlukan.

Macam Puan X (bukan nama sebenar). Nama dan gambar saya tak dedahkan atas permintaan tuan badan. Puan X dia join TWB masa 2015. Sebab utama dia join TWB ada untuk menambah pendapatan dan ingin memilik income sendiri. Sebab ketika tu dia dah berhenti kerja kerana management syarikat pun dah bertukar.

Dan masa puan X decide nak join tu dia tengah pregnant. Oleh kerana suami bekerja, jadi Puan X hanya menjalankan spa secara santai. Dalam sebulan max dia boleh dapat RM500.


Tapi akhirnya ada satu keadaan membuatkan Puan X ingin buat spa dan bisnes Shaklee betul-betul. "Langit tak selalu cerah, aku tak boleh selesa dengan kehiduapan aku, bila-bila je benda boleh jadi."


 Apa yang membuat Puan X nak serius dengan bisnes spa TWB dan Shaklee?

.
.

Bermula apabila suami hadapi musibah dan digantung gaji atas sebab peribadi. Masa tu Puan X sedang mengandung anak ke 3 dan kandungan pun dah masuk 6 bulan. Masa ni rasa macam...pap!batu jatuh atas kepala.

Dengan  komitment kereta, komitment lain, anak start sekolah 5 tahun. Jadi nak taknak Puan X bagitahu husband yang dia nak kerja. Tapi spa dia tak tinggalkan. Siang bekerja malam pulun buat spa. Hasil perbelanjaan spa, buat perbelanjaan untuk lauk, belanja anak-anak, minyak kereta. Duit gaji untuk bayar kereta.


3 bulan yang menyakitkan, boleh gila pun ada. Seriously beruntung Puan X masih pegang skill TWB yang dah belajar. Strees!!. Sebab semua perlukan duit, anak dalam perut ni lagila. Hari-hari saya stress.

Apa tindakan yang dilakukan Puan X dengan ilmu spa yang dimiliki??

Target customer spa dalam 5-6 orang sehari. Hasil spa ni besar. Sekali facial minimum RM50. Kalau 6 orang? Membantu sangat-sangat. Syukur dengan Ilmu TWB.

Testimoni daripada Puan X sendiri bagaimana dengan hasil spa dia mambtu untuk membeli barang dapur dan membuat scan details baby.



Apa nasihat Puan X untuk wanita-wanita di luar sana?



Strees yang boleh menyumbang kepada DEPRESSION. Depression ni lama-lama boleh menyebabkan mental illness. Kena jaga hati, banyakkan berzikir, ingat Allah. Itu selalu arwah mak saya pesan.

Girls, ini juga adalah satu sebab Master Ainul tubuhkan TWB. Untuk memperkasakan wanita. Empowering women. 

Quick announcement Last Call untuk pakej RM1,999 untuk bulan October. Start November harga pakej TWB akan menjadi RM2,999. 

Mana yang dah lama survey TWB, come and join us :)

Call/Wasap Maisarah Ismail
0126442849 or klik je link 

http://KursusspaTWBterbaik.wasap.my









Monday, 15 October 2018

10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB

Assalamualaikum.



Hai. Blog kali ni khas buat bakal mommies yang sedang tercari-cari atau sedang survey-survey pakej untuk penjagaan semasa berpantang nanti. Bab memilih ni, bakal moomies kena pastikan membuat pilihan yang bijak. Sebab kena pastikan bakal confinement lady ni mesti benar-benar berkelayakan. Betul tak? Wajibla kan. Time ni la kita nak rehat-rehat badan dan memerlukan bantuan confinement lady yang terbaik bukan sahaja untuk mommies tapi juga untuk baby comel yang bakal lahir tu kan?

10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB




The Walking Beauty merupakan projek spa tanpa kedai dan telah memperluaskan kemahirannya dalam penjagaan berpantang dan penjagaan bersalin. Sekarang saya nak kongsikan 10 sebab kenapa bakal mommies perlu memilih pakej berpantang TWB. Apa yang specialnya TWB sehingga kena pilih dan menjadikan perkhidmatan TWB ni sebagai yang utama??

Pertama

Pakej berpantang TWB sangat lengkap untuk ibu dan anak. Bermula dengan urutan, urutan untuk mengelakkan bengkak susu yang biasa dialami oleh para ibu. Bertungku, berbekung, bertangas dan juga penjagaan bayi seperti mandian, tuaman dan cukur rambut bayi jika diminta oleh ibu atau bapa.

Ke 2

Penggunaan bahan yang terjamin pembuatannya. Ini kerana semua beautician TWB telah diajar sendiri bagaimana untuk membuat param dan pilis. Gabungan traditional dan moden membuatkan penghasilan param dan pilis lebih bagus penghasilannya. Penting param dan pilis untuk ibu yang berpantang. Param merupakan rawatan sapuan pada seluruh yang melancarkan peredaran darah, mengelakkan angin memasuki badan, memberi kehangatan kepada tubuh, menjaga kesegaran badan dan juga kecantikan luaran. Pilis pula merupakan rawatan di kepala dan  berfungi untuk  meredakan pening kepala, juga melancarkan peredaran darah, memberi kesegaran pada ubun dan banyak lagi.




Ke 3

Pakej berpantang TWB akan membantu para ibu untuk memakai bengkung dengan sendiri. Ini nak memastikan para ibu tahu bagaimana hendak memakai bengkung setelah confinement lady pulang. Ini kera confinement lady TWB hanya menjalankan service separuh hari sahaja. Jadi ibu wajib tahu bagaimana untuk memakai bengkung dengan betul. Apa pentingnys bengkung ni? Kalau korang taknak buncit pastikan berbengkung. Sebab fungsi bengkung tu sendiri adalah untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim dan mengembalikan kembali bentuk asal. Mommies taknak ke badan macam anak dara balik?? hehe. Jadi mommies kena tahu tentang pemakaian bengkung ni.

Ke 4

Istimewanya pakej TWB ni, TWB memperkenalkan gabungan traditional dan moden dalam pakej. Jadi moomies mempunyai pilihan untuk memilih cara yang dirasakan sesuai. memilih kaedah moden atau tradisional. Tangas pun TWB ada kaedah moden dan tradisional tau? Macammana tu? Tu la kena join kursus berpantant dan bersalin TWB. Dalam tu semua kita akan reveal ok :) Tradisional atau moden, tapi result dia tetap terbaik. Sebab barang yang diguna pakai pun memang terbaik dan semulajadi.



Ke 5

Kelainan dalam TWB apabila kami menekankan pentingnya nutrisi yang cukup bagi ibu yang berpantang. Penting memastikan para ibu mendapatkan nutrisi yang cukup. Ini kerana nutrisi yang cukup memberi impak yang besar kepada ibu dan baby. Sebagai contoh, apabila nutrisi ibu cukup, penghasilan susu juga akan berkualiti. Resultnya, perkembangan baby mengikut tumbesaran yang secukupnya. Ibu pun tak stress, anak pun akan sihat. Betul kan??

Ke 6

TWB akan memperkenalkan set berpantang Shaklee dalam set berpantang TWB. Set berpantang Shaklee ni mempunyai set nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi. Paling bagus, dalam pakej ini, akan diberi sekali jadual pemakanan set berpantang Shaklee supaya pengambilan adalah betul dan misi untuk mendapatkan nutrisi yang terbaik tercapai. Hanya pakej berpantang TWB menyediakan set nutrisi terbaik untuk para ibu selepas bersalin. Nanti saya ceritakan khas tentang set berpantang Shaklee ni ye.



Ke 7

Sangat mudah hendak mendapatkan service confinement lady melalui pakej berpantang TWB. Sebab apa? Sebab confinement lady TWB ni sudah ada hampir di seluruh negeri. Confinement Lady TWB ni mempunyai kemahiran ilmu berpantang yang sama dengan ahli-ahli yang lain. Mudahkan? Kadang-kadang survey-survey jumpa CL di  Selangor. Tapi service CL untuk pakej berpantang di Perak contohnya. Tiada masalah sebab CL di Selangor akan memaklumkan CL di Perak untuk menjalankan perkhidmatan CL. Mudah kan? 

Ke 8

Jaminan untuk perkihdmatan yang terbaik untuk para ibu dan bayi. DELIVERY THE BEST FOR MOM AND BABY. Ini kerana TWB sangat mementingkan kualiti dan service yang TIP TOP untuk pelanggan.

Ke 9

Pakej berpantang TWB menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berpatutan untuk ibu dan anak. Tetapi untuk penentuan harga dan service yang dijalankan bergantung kepada CL itu sendiri. Ini kerana CL TWB yang menentukan service apa yang dijalankan dan charge yang dikenakan. Yang pasti, penjagaan tradisional dan penjagaan nutrisi dalam pakej TWB memberi manfaat untuk para ibu.  Nanti saya kongsikan pakej yang saya tawarkan ok :)

Ke 10

After sale service sangat kami tekankan. Maksud after sale ni adalah followup selepas berpantang akan dilakukan. InsyaAllah kita akan terus guide untuk pengambilan set berpantang Shaklee yang berterusan untuk memastikan terutamanya tempoh penyusuan 2 tahun ibu akan tercapai. Sebab kebanyakan para ibu mahukan terbaik untuk bayi. Saya percaya ramai ibu yang berhasrat untuk memberikan ekslusif penyusuan susu ibu selama 6 bulan, dan meneruskan penyusuan selama 2 tahun. We help moms produce the BEST milk for babies! Jadi service selepas berpantang amat kami tekankan dan penting juga supaya ukhuwah berterusan. Betul tak? 


So jelas tak kenapa para ibu harus memilih pakej berpantang TWB. Kami mementingkan kesihatan dalaman dan luaran buat para ibu. Yela banyak sangat tenaga dah digunakan selepas bersalin. Jadi waktu berpantang amat penting untuk mengembalikan tenaga dan menyegarkan badan melalui penjagaan semasa berpantang dan pengambilan Set berpantang Shaklee untuk memastikan nutrisi ibu cukup.

Alang-alang saya nak beri info sedikit apa yang ada dalam Set Berpantang Shaklee yang dianjurkan diambil oleh ibu yang berpantang ni. Untuk set berpantang Shaklee, terdapat 7 makanan tambahan yang sangat membantu untuk para ibu berpantang ni untuk mendapatkan nutrisi yang cukup. Mungkin ada yang kata, kenapa nak kena makan makanan tambahan. Saya dah cukup makan dah. Tapi kena ingat, kualiti mineral dan vitamin yang kita dapat melalui pemakanan sekarang ni pun tidak menjamin kita mendapat nutrisi yang cukup. Betul tak? Yela sayur-sayuran sekarang pun tahap ketulenan pun susah nak dipastikan. Keaddan tanah dulu dan sekarang juga berbeza. Belum lagi cara memasak makanan. Kalau terlebih masak pun boleh hilang nutrisinya.



Jadi set berpantang Shaklee ni merupakan satu daripada cara untuk membantu para ibu yang berpantang untuk mendapat nutrisi yang cukup dan berkualiti. Jom kita tengaok apa yang ada dalam set berpantang Shaklee. Kenapa setiap satu memberi peranan yang penting dalam membantu menyalurkan nutrisi yang bagus dan berkualiti.



Ostematrix



Ibu menyusu memerlukan 1200 mg kalsium sehari. Kalsium bukan sahaja penting untuk ibu tetapi penting juga buat bayi. 40% kandungan susu ibu adalah kalsium. Bayangkan kalau kalsium tidak cukup dalam badan? Apa yang berlaku? Bayi akan mendapatkan sumber kalsium daripada ibu itu sendiri. Jadi kalau bekalan kalsium ibu pun tidak mencukupi, so payahla kan? Pertumbuhan bayi pun terbantut tau. Paling penting kalsium yang cukup   dalam penghasilan susu ibu ye. Jadi kena concern betul-betul pasal kalsium sewaktu berpantang. Sangat-sangat penting.


Vita-Lea 

Kalau kita mengandung para ibu akan dibekalkan dengan vitamin iron kan oleh doktor. Kalau saya dulu sampai muntah makan vitamin ni, Sebab busuk. Haha. Tapi seberenatnya iron ni sangat penting dalam menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi. Dalam set berpantang Shaklee kita ada Vita-lea yang mempunyai fungi untuk menyokong penghasilan sel darah merah ni. Tapi Vita-lea ni lebih daripada tu. Dalam satu pill Vita-lea ni mempunyai 28 vitamin dan meneral yang penting diperlukan oleh badan. Kenapa pentignua Vita-lea ni kepada ibu yang berpantang? Sebabnya penghasilan darah yang baik membantu menyokong perkembangan optimum otak dan tingkah laku bayi.

Vitamin C

Untuk ibu berpantang ni vutamin C sangat penting diamalkan. Sebab apa? Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi dalan badan. Penting juga untuk penyenbuhan luka bersalin. Good for recovery process. 

ESP (Energizing Soy Protein)

Esp merupakan membekalkan sumber protein terbaik buat ibu berpantang. Non gmo soya dan sangat bagus untuk membekalkan tenaga yang berterusan untuk para ibu. Eso juga membantu dalam penghasilan susu yang lebih pekat dan berkualiti. 

Vitamin B Complex

Peranan B Complex ni lebih kepada penenang. Penting untuk mengurangkan stress ibu yang sedang berpantang dan membantu untuk mengelakkan depresi.

Alfafa

Alfafa dikenali juga raja segala tumbuhan. Vitamin dan mineral di dalamnya membantu dalam penghasilan susu ibu. Alfafa Shaklee hanya diambil apabila cukup tempoh matangnya. Alfafa juda dikenali sebagai jamu moden kerana berperanan membantu dalam mengatasi masalah wanita seperti kegatalan dan keputihan.

Omega Guard

Mengamalkan prngambilan omefa guard yang berterusan membantu dalam perkembangan otak bayi dan juga membantu ibu berpantang daripada masalah lupa. Selalu kan dengar ibu akan mudah lupa selepas bersalin.

Nampakkan kepentingan nutrisi dalam perkembangan pertumbuhan bayi dan juga membantu ibu bersalin lebih bertenaga dan sihat selepas bersalin. Oleh sebab itu pakej berpantang TWB tekankan kepentingan nutrisi. Bila berpantang dan dalam masa yang sama menjaga nutrisi badan, insyaAllah ibu akan lebih bersemangat dan dapat mengelakkan masalah stress dan akhirnya bolev menyebabkan depresi atau kemurungan.

So dah terang lagi bersuluh, memang pakej berpantang TWB harus menjadi pilihan bakal ibu.

Ni saya sertakan pakej berpantang dari saya sendiri. So korang boleh tengok-tengok pakej yang ada dan kalau berminat boleh roger ok :)












Yang nakkan service berpantang daripada saya boleh booking cepat-cepat ok.

Maisarah Ismail
0126442849
Team of The Walking Beauty
























Friday, 12 October 2018

KENAPA PERLU REBUT PELUANG MENYERTAI KURSUS SPA TWB DENGAN HANYA RM 1,999 HANYA UNTUK BULAN NI SAHAJA!



Assalamualaikum semua.

Macam mana hari ni korang? Bersemangat tahap berapa tu? Yang bekerja selamat bekerja ok. Jangan boring-boring:)

Ok hari ni saya nak war-warkan tentang pakej kursus spa termurah RM1,999 hanya sampai bulan ni sahaja. Start bulan depan which is November akan naik sebanyak RM 1,000 dan menjadikan harga pakej terkini Kursus spa The Walking Beauty RM 2,999.

Korang tau tak rugiinyaaaaaaaa  tak rebut peluang pakej RM1,999 bulan ni. Serius korang, RM1,999 tu dah cukup murah dengan apa yang bakal korang dapat.

KENAPA SAYA KATA RUGI TAK REBUT PELUANG NAK DAPATKAN PAKEJ RM1,999?

Siapa yang pernah survey kursus-kursus spa lain, betul tak saya katakan kebanyakan harga terlalu mahal jika dibandingkan dengan modul yang ditawarkan. Ada dengan harga yang lebih daripada RM3,000 tetapi hanya menawarkan untuk module facial sahaja. Betul tak? Mahal tapi kursus yang ditawarkan 1 je, Korang rasa berbaloi tak? Takkannn? Kita ni mesti tamakkan ilmu tau. Kalau korang mampu bayar 1 modul dengan harga yang kalau saya dengar pun boleh teropocot la juga. Sebab korang boleh dapat more more and moreeeee dengan hanya RM 1,999. Kenapa nak bayar lebih kan??

Ok apa yang korang bakal dapat dengan RM1,999 dan apa yang bakal korang upgrade dengan nilai yang sangat-sangat tak munasbah. Yess. Offer tahap gile. RM1,999 tu bakal dapat apa je??? Tengok list bawah tu.


Yup 5 kursus yang sangat demanding sekarang. TWB bukan hanya menawarkan 1 kursus tetapi 5 kursus sekali gus. Ilmu ni la yang membolehkan team TWB buat duit kepuk hari-hari. Itu je ke yang korang dapat? Takkkk. Banyak lagi tau.  Tu bawah tu lagi yang korang bakal dapat. Lepas bank in dan training dah boleh start bisnes spa. Mudahnya kerja korang dah.



Dulu masa saya join harga masa tu RM899. Saya tak dapat tau peralatan spa dengan skin care YOUTH tu. Kena lagi buat tanbahan barang. Tapi dengan pakej RM1,999 ni korang dah tak payah pening nak cari barang dah. Semua yang basic untuk running bisnes spa dah ada. Berbaloi sangat kan dengan harga yang ditawarkan.

Nak tau lagi tak? Skin cara yang korang bakal dapat bukan calang-calang ye. Jangan kata korang tak pernah dengar YOUTH. Ramai dah termimpi-mimpi nak dapatkan YOUTH ni korang pula cakap tak tahu pula pasal YOUTH skin care ni. Nak cerita sikitla pasal YOUTH ni.

Ramai tau dah jatuh cinta dengan YOUTH ni. Nak hasilkan pun makan masa 8 tahun. Lama kan? Ibarat korang jaga anak dari kecil sampaila darjah 2. Lama-lama. Sebab apa lama sangat tu kan. Sebab Shaklee sangat mementingkan kualiti dan keselamatan customer dia. Korang kalau nak beri produk, bila promoter tu kata penyelidikan untuk barang ni ambil masa setahun dipasarkan pun dah rasa selama nak guna. Inikan pula 8 tahun. Kajian membuktikan YOUTH ni terlepas lebih daropada 1500 barang kimia terlarang. Banyak tu. Confirmed penyelidikan secara terperincikan. Bangga gunakan produk yang terbaik untuk customer. Tu la ramai yang repeat order untuk spa. Barang-barang selamat dan kualiti terjamin.

Nak cerita pasal Rnd yang dijalankan oleh Shaklee mau lagi panjang blog ni nanti. Nanti saya buat tajuk khas untuk ni ok😊.


Apa lagi yang bakal dapat dengan pakej RM1,999?
.
.
.
Hanya dengan tambahan RM120 korang dah boleh upgrade ke kursus berpantang dan penjagaan bersalin TWB. Bulan ni sahaja tau offer ni. Bulan depan dah tak dapat harga yang yang terlajak murah ni. Saya sendiri dah attend kursus ni. Memang best sangat-sangat. Pembelajaran dan training yang cukup santai dan mudah sangat nak ikut dan fahamkan. Paling best tenaga pengajar untuk kursus berpantang ni banyak pengalaman dalam handle ibu-ibu yang bersalin dan berpantang ni. Paling best cikgu Heni ni sangat baik dan tak kedekut ilmu. Memang best sangat-sangat.



Bawah ni antara gambar masa dalam kursus berpantang yang berlangsung pada 30 September lepas. Dari pukul 9 sampai ke pukul 6. Sebelum start tu ada perkongsian daripada nutritionist  Puan Sarah daripada Shaklee. Dia meluangkan masa memberi ilmu nutrisi tentang keperluan nutrisi yang cukup yang diperlukan untuk ibu selepas bersalin dan berpantang ni.



Ucapan daripada founder projek TWB, Master Ainul. 


Pembelajaran pemakaian bengkung yang betul.


Mempelajari bagaimana membuat param dan pilis dengan menggabungkan kaedah moden dan traditional.



Excited giler belajar nak buat param ni. Mudah rupanya :)

Memang terbaikla ilmu yang diajar masa kursus berpantang dan penjagaan bersalin. Dalam tu juga diajar bagaimana hendak memulakan pakej penjagaan ibu-ibu berpantang ni. Ilmu TWB sangat luas ye. Bukan spa-spa biasa ni. Betul-betul ingin membantu para wanita di luar sana. Serius korang takkan rasa rugi dengan pelaburan berbaloi ni, Mana nak cari pakej macam ni!!!!

Ilmu kursus berpantang dan penjagaan bersalin ni sangat mahal tau. Tapi dengan TWB korang hanya upgare RM100 sahaja untuk bulan ni. Ilmu ribu riban ni. Tu sebab ahli TWB ramai-ramai join nak dapatkan ilmu ni. Sebab ramai golongan para ibu memerlukan khidmat confinement lady ni tau. Yang dapat membantu mereka ni selepas bersalin.
.
.
.
.
Bagi yang dah lama mencari kursus spa untuk memulakan bisnes, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan pakej spa TWB adalah yang terbaik dan menawarkan tawaran yang sangat-sangat hebat. Kursus spa kami bukan yang biasa-biasa. Mampu melahirkan insan yang LUAR BIASA.

BELUM TERLAMBAT LAGI.

BERMINAT?

CALL JE SAYA, MAISARAH ISMAIL atau Klik je link wassap tu

http://KursusspaTWBterbaik.wasap.my

TQ😊











Tuesday, 2 October 2018

" CONFINEMENT LADY VS JAGAAN MAK"



Kalau menulis blog pasal berpantang ni mula akan terimbau balik masa berpantang setahun lepas. Saya berpantang dulu mak mertua yang jaga. Tak pernah pula terfikir nak ambil confinement lady ni sebabnya kebanyakkan dari orang Melayu ni akan memilih mak sendiri atau mak mertua untuk jaga lepas berpantang. Betul tak?  Tapi kan berbeza dengan Chinese. Diorang lebih prefer mendapatkan khidmat confinement lady. 

Lepas saya join Kursus Bersalin Dan Berpantang TWB, baru saya tau pentingnya confinement lady ni. Sebab proses berpantang tu akan lebih kuat penjagaannya. Kalau dengan mak-mak ni kita selalu take granted kan. Hehe. Jom kita tengok apa beza confinement lady dengan penjagaan mak ni. Ni saya cerita berdasarkan pengalaman saya ye. Jagaan mak pun terbaik. Tapi kalau kita mendapatkan perkhidmatan confinement lady ni, mak kita boleh rehat sikit. Tak la nak fokus kita sangatkan. 

JAGAAN MAK




Jagaan mak memang terbaikkan. Time ni mak kitala yang akan menyediakan makan kita. Masa saya berpantang dulu mak mertua saya sediakan makanan best-best tau. Orang kata masa berpantangla nak kuruskan, tapi saya berpantangla saya kuat makan. Haha. Sebab dah makanan berpantang pun best-best? Macammana nak tahan. Lagi satu saya ni tak disiplin dalam berbekung. Ikut saya je. Pagi pakaila, lepas tu nak ke toilet buka terus tak pakai-pakai. Nak pakai balik pun payah kan. Terus tak pakai. KORANG JANGAN IKUT KALAU TAK NAK BUNCIT, hehehe

Nampak tak saya ambil mudah. Alasan takpala mak mertua tak tau pun. Kalau kita dalam jagaan mak, suami kita yang akan panggil tukang urut datang ke rumah. Sebab kebanyakan daripada mak-mak kita tak reti bab urutan orang bersalin ni kan. Rumit. Yela lepas 3 hari bersalin kalau kita bersalin normal tukang urut akan datang rumah. Saya dulu tukang urut ni hanya datang untuk berurut biasa je. Takda la penggunaan param, pilis semua tu. Dia hanya menggunkan minyak urutan biasa yang dia guna. Masa hadiri kursus tula baru saya tau sepatutnya kena ada pilis, param dalam berpantang ni.

Alang-alang dah bagitau param dan pilis ni, saya nak share apa kepentingan kita menggunakan param dengan pilis ni. Berbeza tau kalau tukang urut tu gunakan  param dan pilis lepas urutan. Antaranya membantu melancarkan peredaran darah, mengelakkan angin masuk ke dalam badan, memberi kehangatan pada tubuh, memberi kesegaran badan dan menjaga kecantikan luaran kulit. So nanti kalau korang berpantang nanti, tiada penjagaan dari confinement lady, pastikan tukang urut tu ada sediakan param dan pilis ni. Sebab mak-mak kita pun takkan ingat dah benda-benda ni, sebab dia pun dah lahirkan kita puluh-puluh tahun lepas kan. Mana nak ingat semua benda. 

Tapi bab masakan memang mak-mak kita ni akan jaga sungguh-sungguh. Dia akan pastikan apa yang kita boleh makan dan apa yang kita tak boleh makan. Yela bab makan ni bukan boleh bawa main. Tersilap sikit nanti angin masuk badan. Kita yang sakit kalau kena bentan kan. Jadi mestila mak-mak kita ni akan jaga betul-betul pemakanan kita waktu berpantang. Biasanya mak mertua saya buat berkuah-kuah. Orang cakap kan berkuah-kuah macam sup sesuai sangat untuk tambah susu. Nyum2. Kalau ingat balik makanan-makanan tu lapar perut. 

Tapi bab mandikan baby awal-awal tu suami saya yang handle. Dia ambil tanggungjawab mandikan. Tapi bila dia start dah kerja, makla yang tolong mandikan Umar. Saya tak berani sangat awal-awal tu. Sebab baby kan lembut sangat. Takut. Jadi biarla mak yang berpengalaman yang buat. Dalam masa tu kita belajar la sikit-sikit. Jadi secara keseluruhan mak la yang jaga masa berpantang dulu tu. Terima Kasih sangat-sangat. Sebab bantu urus anak dengan diri ni masa berpantang. Tak dapat bayangkan yang berpantang sendiri-sendiri tu. Ladi struggle kan.

Tapi sekarang dah ada piluhan untuk ambil service confinement lady. Jadi lebih terurus dan terjamin la proses berpantang kita tu terutama yang berpantang sendiri-sendiri tu. Yang ada mak pun tak salah ambil confnement lady. Jadi takda la kita nak susahkan mak-mak kita sangat kan. Tengok sikit-sikit sudahla. Jom kita tengok pula perana confinement lady ni.

CONFINEMENT LADY



Confinement lady ni dia memang expertise dalam hal penjagaan ibu bersalim dan berpantang ni. Service yang mereka sediakan termasuk urutan, bertungku, bertangas. Urutan penutup. Ada juga yang lebih lagi mereka sediakan lengkap dengan siapa masak makanan berpantang lagi.

Itu sebab service confinement lady ni, lagi lama service lagi mahal charge dia. Pakej yang biasanya ditawarkan oleh confinement lady ni ada pakej untuk 3 hari, 7 hari, 14 hari, sehinggala 44 hari.  Terpulang kepada kita nak ambil untuk berapa hari.


Bagusnya confinement lady ni dia membantu suami dalam memmastikan isteri dapat mendapatkan rawatan selepas bersalin dengan lebih baik. Contohnya kalau ada confinement lady ni mereka memang dah tahu bila boleh start mengurut ibu, apa barang yang diperlukan. Kalau ibu mengalami bengkak susu, apa cara yang terbaik yang boleh para ibu ni lakukan.

Selepas urutan, confinement ni akan membantu sekali kepada penjagaan anak. Contohnya memandikan anak, memasang barut, urutan baby. Semuala. Kalau ibu nak anak dia bercukur dalam maaa 7 hari pun confinement lady boleh buat. Senang kan? Membantu sangat untuk para suami dan isteri ni.

Confinement lady akan ajar ibu yang dalam pantang ni untuk berbekung. Jadi takda la masalah bila confinement lady dah balik, para ibu ibu ni terkial-kial nak pakai bengkung sebab tak reti. Lastnya tak pakai. Sampaila confinement lady tu datang pada hari berikutnya.


Kenapa perlu memilih confinement lady daripada team The Walking Beauty? 

The Walking Beauty telah menyediakan kursus yang berpandang yang terbaik untuk ahli TWB yang berminat dengan rawatan penjagaan dan penjagaan bersalin. Mereka telah diberikan kursus yang sangat padat dan dikendalikan oleh confinement lady yang berpengalaman. Paling best dengan perkhidmatan confinement lady daripada TWB merupakan gabungan daripada tradisional dan moden. Paling penting, untuk memastikan nutrisi yang terbaik untuk ibu dan anak, confinement lady daripada TWB menekankan kepada penjagaan dalaman dan luaran yang terbaik untuk para ilmu. Mementingkan set berpantang daripada Shaklee sendiri kerana setiap yang ada dalam set berpantang membekalkan nutrisi yang terbaik untuk anak dan ibu. 



Kesimpulannya kedua-duanya terbaik. Kalau mampu tak salah nak dapatkan service confinement lady. Dapat juga memudahkan urusan mak kita. Takda mak kita nanti penat sangat nak tolong kita masa berpantang kan?😊

Maisarah Ismail
Member of TWB
0126442849





PERSOALAN DAN JAWAPAN TENTANG ESP  SHAKLEE Assalamualaikum, Posting kali ni saya nak jawab beberpa persoalan biasa yang customer ak...