10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB
Assalamualaikum.
Hai. Blog kali ni khas buat bakal mommies yang sedang tercari-cari atau sedang survey-survey pakej untuk penjagaan semasa berpantang nanti. Bab memilih ni, bakal moomies kena pastikan membuat pilihan yang bijak. Sebab kena pastikan bakal confinement lady ni mesti benar-benar berkelayakan. Betul tak? Wajibla kan. Time ni la kita nak rehat-rehat badan dan memerlukan bantuan confinement lady yang terbaik bukan sahaja untuk mommies tapi juga untuk baby comel yang bakal lahir tu kan?
10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB
The Walking Beauty merupakan projek spa tanpa kedai dan telah memperluaskan kemahirannya dalam penjagaan berpantang dan penjagaan bersalin. Sekarang saya nak kongsikan 10 sebab kenapa bakal mommies perlu memilih pakej berpantang TWB. Apa yang specialnya TWB sehingga kena pilih dan menjadikan perkhidmatan TWB ni sebagai yang utama??
Pertama
Pakej berpantang TWB sangat lengkap untuk ibu dan anak. Bermula dengan urutan, urutan untuk mengelakkan bengkak susu yang biasa dialami oleh para ibu. Bertungku, berbekung, bertangas dan juga penjagaan bayi seperti mandian, tuaman dan cukur rambut bayi jika diminta oleh ibu atau bapa.
Ke 2
Penggunaan bahan yang terjamin pembuatannya. Ini kerana semua beautician TWB telah diajar sendiri bagaimana untuk membuat param dan pilis. Gabungan traditional dan moden membuatkan penghasilan param dan pilis lebih bagus penghasilannya. Penting param dan pilis untuk ibu yang berpantang. Param merupakan rawatan sapuan pada seluruh yang melancarkan peredaran darah, mengelakkan angin memasuki badan, memberi kehangatan kepada tubuh, menjaga kesegaran badan dan juga kecantikan luaran. Pilis pula merupakan rawatan di kepala dan berfungi untuk meredakan pening kepala, juga melancarkan peredaran darah, memberi kesegaran pada ubun dan banyak lagi.
Ke 3
Pakej berpantang TWB akan membantu para ibu untuk memakai bengkung dengan sendiri. Ini nak memastikan para ibu tahu bagaimana hendak memakai bengkung setelah confinement lady pulang. Ini kera confinement lady TWB hanya menjalankan service separuh hari sahaja. Jadi ibu wajib tahu bagaimana untuk memakai bengkung dengan betul. Apa pentingnys bengkung ni? Kalau korang taknak buncit pastikan berbengkung. Sebab fungsi bengkung tu sendiri adalah untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim dan mengembalikan kembali bentuk asal. Mommies taknak ke badan macam anak dara balik?? hehe. Jadi mommies kena tahu tentang pemakaian bengkung ni.
Ke 4
Istimewanya pakej TWB ni, TWB memperkenalkan gabungan traditional dan moden dalam pakej. Jadi moomies mempunyai pilihan untuk memilih cara yang dirasakan sesuai. memilih kaedah moden atau tradisional. Tangas pun TWB ada kaedah moden dan tradisional tau? Macammana tu? Tu la kena join kursus berpantant dan bersalin TWB. Dalam tu semua kita akan reveal ok :) Tradisional atau moden, tapi result dia tetap terbaik. Sebab barang yang diguna pakai pun memang terbaik dan semulajadi.
Ke 5
Kelainan dalam TWB apabila kami menekankan pentingnya nutrisi yang cukup bagi ibu yang berpantang. Penting memastikan para ibu mendapatkan nutrisi yang cukup. Ini kerana nutrisi yang cukup memberi impak yang besar kepada ibu dan baby. Sebagai contoh, apabila nutrisi ibu cukup, penghasilan susu juga akan berkualiti. Resultnya, perkembangan baby mengikut tumbesaran yang secukupnya. Ibu pun tak stress, anak pun akan sihat. Betul kan??
Ke 6
TWB akan memperkenalkan set berpantang Shaklee dalam set berpantang TWB. Set berpantang Shaklee ni mempunyai set nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi. Paling bagus, dalam pakej ini, akan diberi sekali jadual pemakanan set berpantang Shaklee supaya pengambilan adalah betul dan misi untuk mendapatkan nutrisi yang terbaik tercapai. Hanya pakej berpantang TWB menyediakan set nutrisi terbaik untuk para ibu selepas bersalin. Nanti saya ceritakan khas tentang set berpantang Shaklee ni ye.
Ke 7
Sangat mudah hendak mendapatkan service confinement lady melalui pakej berpantang TWB. Sebab apa? Sebab confinement lady TWB ni sudah ada hampir di seluruh negeri. Confinement Lady TWB ni mempunyai kemahiran ilmu berpantang yang sama dengan ahli-ahli yang lain. Mudahkan? Kadang-kadang survey-survey jumpa CL di Selangor. Tapi service CL untuk pakej berpantang di Perak contohnya. Tiada masalah sebab CL di Selangor akan memaklumkan CL di Perak untuk menjalankan perkhidmatan CL. Mudah kan?
Ke 8
Jaminan untuk perkihdmatan yang terbaik untuk para ibu dan bayi. DELIVERY THE BEST FOR MOM AND BABY. Ini kerana TWB sangat mementingkan kualiti dan service yang TIP TOP untuk pelanggan.
Ke 9
Pakej berpantang TWB menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berpatutan untuk ibu dan anak. Tetapi untuk penentuan harga dan service yang dijalankan bergantung kepada CL itu sendiri. Ini kerana CL TWB yang menentukan service apa yang dijalankan dan charge yang dikenakan. Yang pasti, penjagaan tradisional dan penjagaan nutrisi dalam pakej TWB memberi manfaat untuk para ibu. Nanti saya kongsikan pakej yang saya tawarkan ok :)
Ke 10
After sale service sangat kami tekankan. Maksud after sale ni adalah followup selepas berpantang akan dilakukan. InsyaAllah kita akan terus guide untuk pengambilan set berpantang Shaklee yang berterusan untuk memastikan terutamanya tempoh penyusuan 2 tahun ibu akan tercapai. Sebab kebanyakan para ibu mahukan terbaik untuk bayi. Saya percaya ramai ibu yang berhasrat untuk memberikan ekslusif penyusuan susu ibu selama 6 bulan, dan meneruskan penyusuan selama 2 tahun. We help moms produce the BEST milk for babies! Jadi service selepas berpantang amat kami tekankan dan penting juga supaya ukhuwah berterusan. Betul tak?
So jelas tak kenapa para ibu harus memilih pakej berpantang TWB. Kami mementingkan kesihatan dalaman dan luaran buat para ibu. Yela banyak sangat tenaga dah digunakan selepas bersalin. Jadi waktu berpantang amat penting untuk mengembalikan tenaga dan menyegarkan badan melalui penjagaan semasa berpantang dan pengambilan Set berpantang Shaklee untuk memastikan nutrisi ibu cukup.
Alang-alang saya nak beri info sedikit apa yang ada dalam Set Berpantang Shaklee yang dianjurkan diambil oleh ibu yang berpantang ni. Untuk set berpantang Shaklee, terdapat 7 makanan tambahan yang sangat membantu untuk para ibu berpantang ni untuk mendapatkan nutrisi yang cukup. Mungkin ada yang kata, kenapa nak kena makan makanan tambahan. Saya dah cukup makan dah. Tapi kena ingat, kualiti mineral dan vitamin yang kita dapat melalui pemakanan sekarang ni pun tidak menjamin kita mendapat nutrisi yang cukup. Betul tak? Yela sayur-sayuran sekarang pun tahap ketulenan pun susah nak dipastikan. Keaddan tanah dulu dan sekarang juga berbeza. Belum lagi cara memasak makanan. Kalau terlebih masak pun boleh hilang nutrisinya.
Jadi set berpantang Shaklee ni merupakan satu daripada cara untuk membantu para ibu yang berpantang untuk mendapat nutrisi yang cukup dan berkualiti. Jom kita tengaok apa yang ada dalam set berpantang Shaklee. Kenapa setiap satu memberi peranan yang penting dalam membantu menyalurkan nutrisi yang bagus dan berkualiti.
Ostematrix
Ibu menyusu memerlukan 1200 mg kalsium sehari. Kalsium bukan sahaja penting untuk ibu tetapi penting juga buat bayi. 40% kandungan susu ibu adalah kalsium. Bayangkan kalau kalsium tidak cukup dalam badan? Apa yang berlaku? Bayi akan mendapatkan sumber kalsium daripada ibu itu sendiri. Jadi kalau bekalan kalsium ibu pun tidak mencukupi, so payahla kan? Pertumbuhan bayi pun terbantut tau. Paling penting kalsium yang cukup dalam penghasilan susu ibu ye. Jadi kena concern betul-betul pasal kalsium sewaktu berpantang. Sangat-sangat penting.
Vita-Lea
Kalau kita mengandung para ibu akan dibekalkan dengan vitamin iron kan oleh doktor. Kalau saya dulu sampai muntah makan vitamin ni, Sebab busuk. Haha. Tapi seberenatnya iron ni sangat penting dalam menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi. Dalam set berpantang Shaklee kita ada Vita-lea yang mempunyai fungi untuk menyokong penghasilan sel darah merah ni. Tapi Vita-lea ni lebih daripada tu. Dalam satu pill Vita-lea ni mempunyai 28 vitamin dan meneral yang penting diperlukan oleh badan. Kenapa pentignua Vita-lea ni kepada ibu yang berpantang? Sebabnya penghasilan darah yang baik membantu menyokong perkembangan optimum otak dan tingkah laku bayi.
Vitamin C
Untuk ibu berpantang ni vutamin C sangat penting diamalkan. Sebab apa? Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi dalan badan. Penting juga untuk penyenbuhan luka bersalin. Good for recovery process.
ESP (Energizing Soy Protein)
Esp merupakan membekalkan sumber protein terbaik buat ibu berpantang. Non gmo soya dan sangat bagus untuk membekalkan tenaga yang berterusan untuk para ibu. Eso juga membantu dalam penghasilan susu yang lebih pekat dan berkualiti.
Vitamin B Complex
Peranan B Complex ni lebih kepada penenang. Penting untuk mengurangkan stress ibu yang sedang berpantang dan membantu untuk mengelakkan depresi.
Alfafa
Alfafa dikenali juga raja segala tumbuhan. Vitamin dan mineral di dalamnya membantu dalam penghasilan susu ibu. Alfafa Shaklee hanya diambil apabila cukup tempoh matangnya. Alfafa juda dikenali sebagai jamu moden kerana berperanan membantu dalam mengatasi masalah wanita seperti kegatalan dan keputihan.
Omega Guard
Mengamalkan prngambilan omefa guard yang berterusan membantu dalam perkembangan otak bayi dan juga membantu ibu berpantang daripada masalah lupa. Selalu kan dengar ibu akan mudah lupa selepas bersalin.
Nampakkan kepentingan nutrisi dalam perkembangan pertumbuhan bayi dan juga membantu ibu bersalin lebih bertenaga dan sihat selepas bersalin. Oleh sebab itu pakej berpantang TWB tekankan kepentingan nutrisi. Bila berpantang dan dalam masa yang sama menjaga nutrisi badan, insyaAllah ibu akan lebih bersemangat dan dapat mengelakkan masalah stress dan akhirnya bolev menyebabkan depresi atau kemurungan.
So dah terang lagi bersuluh, memang pakej berpantang TWB harus menjadi pilihan bakal ibu.
Ni saya sertakan pakej berpantang dari saya sendiri. So korang boleh tengok-tengok pakej yang ada dan kalau berminat boleh roger ok :)
Yang nakkan service berpantang daripada saya boleh booking cepat-cepat ok.
Maisarah Ismail
0126442849
Team of The Walking Beauty













No comments:
Post a Comment